Maktab Adabi Maharani Online dalam-talian.com
Maktab Adabi Maharani yang ditubuhkan pada tahun 1972, mempunyai sejarah yang tersendiri sejak penubuhannya sehingga tahun 2017 lebih kurang 25000 orang pelajar pernah menuntut di maktab ini. Sekolah ini bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga pelajar Cina dan India yang mula menerima sistem pendidikan kebangsaan sejak era tahun 70-an, 80-an, 90-an dan tahun 2000 hingga 2017 sekarang ini. Sekolah swasta ini menerima semua pelajar pelbagai bangsa dari daerah Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Pontian dan Johor Bharu. Malahan ada pelajar yang datang dari Melaka, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.